Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang atau nama ringkasnya SMK Sanglang,
merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala
Sanglang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memiliki 227 pelajar lelaki
dan 199 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 426
orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.
Sejarah Sekolah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985
yang terdiri dari sebuah blok yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah
pejabat dengan berkongsi permis Sekolah Kebangsaan Sanglang di Daerah Kubang
Pasu. Pengambilan pertama pelajar ialah seramai 73 orang dengan 6 orang guru
serta 3 kakitangan bukan akademik sebagai tenaga manusia yang membolehkan
penubuhan sekolah ini.
Pembinaan bangunan baru sekolah ini bermula pada bulan Mei 1986 di atas
sebuah kawasan seluas 25 ekar. Sekolah ini dibina di bawah Rancangan Malaysia
Kelima dengan bantuan kewangan Bank Dunia. Projek ini bernilai RM 1, 835, 000.
Pada 29 Januari 1988, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang telah berpindah
ke lokasi baru. Perasmian dilakukan oleh Y.B. Tan Seri Haji Osman Bin Haji
Aroff PSM,DHMS,TP, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 17 Disember 1991.
Pengetua pertama ialah Tuan Haji Wahab bin Amin yang telah berkhidmat dari 1
Januari 1985 hingga 15 Disember 1987.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang yang terletak di sempadan Kedah dan
Perlis mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sekolah ini dikelilingi oleh
sawah padi dan terletak 5 km dari Pekan Ayer Hitam dan kira-kira 32 km dari
Alor Setar. Kedudukannya yang bersempadan dengan negeri Perlis Indera Kayangan
menyebabkan budaya masyarakat lebih banyak dipengaruhi oleh iklim negeri
tersebut.
Alamat Sekolah :
Sekolah
Menengah Kebangsaan Sanglang
Jalan Kuala
Sanglang
06150, Ayer
Hitam
Kedah,
Malaysia
Telefon =
6047949475
Fax = 6047949475
No comments:
Post a Comment